Jumaat, 13 Februari 2009

Masak cuka ikan gelama


Assalamualaikum....

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri

Malam semalam dah pening2 nak masak ape..tengok dlm peti ais ader ayam...eishhh malas lah nak mkn ayam...so ajak hubby pi kedai jap. Ternampak ikan gelama...dlm hati ..sedap jugak kalau masak cuka..dah lama tak buat. Biasenye org belah2 utara suke sgt masak cuke nih...memandangkan eny org taiping, so adalah tempiasnyer. Masak cuka nih memang favorit dari kecik lagi...ermmm...cubalah. Pantun 2 kerat kat atas tuh tak der apa kaitan ngan masak cuka nih cumanyer nak pesan kat anak2, jaga kelakuan dan adab kite orang islam...Manalah tau kot2 tahun 2030..2040..2050 nanti, pantun ni dah dilupakan. At least ade juga la maknyer nih letak dalam blog untuk tatapan dan jadi bahan sejarah. Hehehe...
Bahan-bahan:

3 ekor ikan gelama (boleh juga pakai ikan kembong)
1 biji bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sk halba campur
sedikit air asam jawa
sedikit cuka - dlm 3 sudu besar
1 biji timun - pastikan buang biji2 yang tengah tuh, potong panjang-panjang
2 biji cili hijau - potong ikut suke
air secukupnya
garam

Cara nak masak:

Goreng ikan smpi agak2 garing. Ketepikan
Dalam periuk lain tumis halba, bawang besar, bawang putih dan halia sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, cuka dan air. Dah mengelegak masukkan timun, cili hijau dan garam. Akhir sekali barulah masukkan ikan. Tunggu mengelegak bolehlah dihidang dan makan.

Ermmmm..memang sedap...tak payah lauk lain dah.
* gambar kurang cun...sorry yek...tapi rase tetap maintain sedap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan