Rabu, 11 Mac 2009

Tayar dan Hospital

Dah lama betul eny tak update laman eny nih. Rindu sesangat..semalam ade jugak jengah2 rumah member2 lain tapi malas nak up date laman eny nih. Baru hari nih terasa nak menulis sesuatu. Minggu lepas hari Rabu sampai Sabtu petang nak umah MIL. Seperti yang eny bagitau FIL tak sihat dan di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menaiki ambulan...eny, hubby, nana, ahmad n amir naik satu kereta...dalam perjalanan kami ke sana, kenariku bergoyang-goyang semacam jer...tah la apa pasai...singgah la kat sungai petani..terus masuk bengkel...tengok2 tayar kereta dah pecah.

Nasib baik tak meletop je..kalu tak entah la ape nk jadi...sementara tukar tayar keta..kami makan dulu kat restoran nasi kandar...ermmmm tak la berapa sedap sangat. Selesai je tukar tayar n makan kami teruskan perjalanan ke Alor Setar.
Alhamdullilah prosedur untuk pemeriksaan hempedu dan usus FIL dah selesai...abah pon tengah khayal2...lepas tuh terus bertolak semula ke Hospital Taiping (HT). Hari Khamis dan Jumaat dok berulang jugak la hospital hantar emak melawat dan menjaga abah di hospital. Abah nampak sihat je tapi eny rase abah tentunya risau dengan perkahwinan Angah hujung minggu nih...

Tengahhari Sabtu tuh pulak angah sampai dari Nilai...ermmm ada jugak la penganti nak tengok2 kan mak dan abah. Lewat petang tuh kami terus nak bertolak balik ke Ipoh mulanya...tapi mama dan adik2 ajak pi Teluk Batik...dalam penat2 tuh pergi jugak la...untuk tidak menghampakan harapan mama dan adik2. Sepatutnya tak der rancangan pon nk pi Teluk Batik tuh tapi memandangkan dah ajak ..kami pon pergilah jugak...Jarak dari Taiping dalam 84km..kira2 1 jam setengah perjalanan....bermandi manda n makan ikan bakar....Ahmad dan Amir dok mandi air laut la..seronok jugak tengok diorang..hilang penat.


Hari Isnin terus balik ke Puchong..penat memang penat tapi untuk mengembirakan hati mak, abah, mama dan semuanya bukan lah senang. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya....semoga semuanya ceria dan menambahkan keakraban satu keluarga. Apa yang eny dan hubby buat semuanya untuk kebahagiaan keluarga walaupun kami sedar kekadang kita tak dapat puaskan hati semua orang...tapi sekurang-kurangnya kita berusaha....Insya Allah.

Mama..mak dan abah2...jasa kalian untuk besarkan eny dan hubby memang kami tak lupakan. sayang semua! Semoga abah cepat sembuh..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan