Jumaat, 20 Mac 2009

Best Ever Muffin


Ini n3 pertama eny selepas balik daripada kampung menyambut majlis perkahwinan Angah..tah bila pulak nk masukkan gambar kahwin Angah ni...nanti2 lah kan.
Memang dah lama menunggu saat dan ketikanya nak buat muffin cuma masa tidak mengizinkan...alhamdullilah jadi jugak akhirnya. Mula2 buat muffin lain tapi rase tak berapa sedap sebab ada rase pahit..maybe drpd soda bikarbonat. Semalam melawat laman member2...dapat resepi best ever muffin daripada kak yatt....thanks kak yatt. Muffin ni memang sedap, tak pahit, gebu dan senang nak buat...pejam mate pon dah boleh bancuh dan bakar..ngeh..ngeh..ngeh...bestttt giler la....heheheh.

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sk garam
3 sk baking powder
3 sb serbuk koko
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak
1 biji telur - pukul sikit

Caranyer:

Campur dan ayak tepung, gula, garam, baking powder dan serbuk koko. Gaulkan sebati. Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan telur, minyak dan susu segar. Gaulkan dengan sudip kayu atau garpu aje. Bancuhan akan nampak berketul-ketul sikit. Bubuh dalam mangkuk muffin dan bakar 180C selama 15 minit. Siap....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan