Selasa, 4 Oktober 2011

BeiJing China...honeymoon free







Mr Hubby happy sgtt









Hasrat untuk sapami ke Tanah Besar China mmg dh lama dipendam...tak pernah langsung berpeluang ke sana sebab duit x cukup. Tup tup sekitar Bulan April 2010, Hubby dapat panggilan telefon daripada BERNAMA...katenya Hubby menang tiket ke Beijing untuk 2 orang. Apa lagi ..YAHOOOOOOOO !!!. Kami di sana selama 6H 5M..mmg syokkk sangat melawat pelbagai tempat menarik kat sana.







Nanti saya upload lg banyak menarik ya...:))
































Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Assalammualaikum semua....

Sudah lama betui eny tak update n3 bari untuk page nihh...astik sibuk ngan facebook je. Sampaikan dh bersawang sana sini...insya Allah eny akan lebih kerap update n3 baru mengenai keluarga, diri sendiri dan anak2 yang semakin buas tuhhh....

Apapun Salam Ramadhan untuk semua ekkk

Selasa, 14 Julai 2009

Kutip sampel Putat





Lama betui la tak dapat nk update blog nih...rinduuu sangat, tp masa tak mengizinkan.

Ini sebahagian koleksi gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di Aloq Star untuk mengutip sampel untuk kajian. Emmmmmm...letih sangat seharian mengupas kulit dahan putat (Barringtonia racemosa)......lepas tuh ke Pulau Pinang...saje jalan-jalan cari makan....

Adios

Isnin, 13 April 2009

Pi mengundi di Bukit Gantang




Dah lama betui eny tak menyapu dan mengemas laman ini...rindu betui la rasenyer...dalam 2,3 minggu ini banyak betui la kejadian2 yang berlaku tapi tak sempat nk rakamkan. Ekceli...7 April 2009 yang lalu, eny menjadi salah seorang pengundi yang perlu menjalankan tanggungjawab eny di Bukit Gantang. Balik ngan mama, abah n Ahmad aje. Hubby tak balik sebab die pengundi Taiping. Haaaaaa....sesak betui la jalan2 sekitar Taiping, Changkat Jering n Simpang. Tak tau la nk cakap macam maner, letih sangat....selesai mengundi pukul 1.00 pg tapi punyalah sesak sampai pukul 3.00 petang baru boleh bertolah ke Ipoh. Ermmmm....berbaloi la jugak balik sebab menang...heheheheeheh

Rabu, 25 Mac 2009

Spaghetti Prego


Jemput makan...meh la ...jangan malu-malu.....

3 hari lepas gi jalan-jalan kat Tesco Puchong...tetiba ternampak offer Sos Spaghetti Prego dalam tin warna kuning oren tuh...apa lagi sambar 2 tin. Dalam kepala memang dok ingat sehari dua lagi leh makan Spaghetti pulak..sambar pulak daging cincang Ramly n satu tin cendawan butang. Semalam inilah makan malam kami sekeluarga.Tak yah lah kan resepi..main campak2 je. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang, masukkan 1 tin sos dan 3/4 tin air dan daging...didihkan..pas tu masuk pulak cendawan...didih dan siap. Hubby cakap sedap sampai dah tak sempat amik gambar spaghetti tuh...dah tak boleh tunggu dah..hehehehe...dah kenyang leh la tido sampai pagi...heheheh...

Lepas masak n makan..bawa amir ke Klinik Zuraidah...die dah 4 hari sakit..cirit-birit n muntah...makan sikit muntah...minum pun muntah. Doktor cakap serius jugak tuh sebab usus Amir tak boleh serap makanan dan air...kalu hari nih tak baik jugak..doktor dah surat untuk refer ke hospital. Katenye khuatir buah pinggang dan usus die. Risaunya eny dan hubby...ermmmm semoga anak ibu nih tak ape2...Insya Allah

Isnin, 23 Mac 2009

Vote for Earth....


Sebagai Khalifah Allah..kita wajib menjaga muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, eny dan keluarga turut terlibat dalam kempen pilihanraya pertama dunia iaitu pilihanraya global iaitu sama ada memilih Bumi atau Pemanasan Global (Global Warming). Dengan memilih Bumi, eny, keluarga dan semua masyarakat dunia yang terlibat akan menutup lampu selama satu jam pada 28 Mac 2009, Sabtu jam 8.30 mlm hingga 9.30 malam. Ehhhh..macam environmentalist lah pulak...hehehehe...harap-harap sahabat dan geng2 memasak dapat join..jangan kira masak je sampai tanggungjawab sosial terabai...heheheh.....Vote For Earth!!

So...apa kita nak wat dalam gelap2 tuh??? Ini ada beberapa idea menarik....

1) Buat parti makan2 dalam gelap kat laman rumah atau taman sambil menikmati kilauan bintang2
2) Join la event Earth Hour berdekatan anda
3) Makan malam ngan famili...kira candlelight dinner la
4) Berendam dalam bath tub atau kolam renang dengan ditemani cahaya lilin...
5) Bagi suami isteri tuh...leh la nikmati malam yang romantik...untung2 lepas 2,3 minggu dapat lak sorang lagi..hehehheheeh.....abih!!! dah gelap...atas katil la jawabnyer...kekekeke

OK lah.....jangan lupa tau..Vote for Earth!!

Jumaat, 20 Mac 2009

Best Ever Muffin


Ini n3 pertama eny selepas balik daripada kampung menyambut majlis perkahwinan Angah..tah bila pulak nk masukkan gambar kahwin Angah ni...nanti2 lah kan.
Memang dah lama menunggu saat dan ketikanya nak buat muffin cuma masa tidak mengizinkan...alhamdullilah jadi jugak akhirnya. Mula2 buat muffin lain tapi rase tak berapa sedap sebab ada rase pahit..maybe drpd soda bikarbonat. Semalam melawat laman member2...dapat resepi best ever muffin daripada kak yatt....thanks kak yatt. Muffin ni memang sedap, tak pahit, gebu dan senang nak buat...pejam mate pon dah boleh bancuh dan bakar..ngeh..ngeh..ngeh...bestttt giler la....heheheh.

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sk garam
3 sk baking powder
3 sb serbuk koko
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak
1 biji telur - pukul sikit

Caranyer:

Campur dan ayak tepung, gula, garam, baking powder dan serbuk koko. Gaulkan sebati. Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan telur, minyak dan susu segar. Gaulkan dengan sudip kayu atau garpu aje. Bancuhan akan nampak berketul-ketul sikit. Bubuh dalam mangkuk muffin dan bakar 180C selama 15 minit. Siap....