Inilah rupa paras Ahmad dan Amir...setelah hubby mengambil keputusan memotong rambut mereka....hehehehe...sian diorang. Kisahnya bermula apabila....Ahmad telah menobek aka mencukur rambut bahagian tepi kepala..eissshhh...katenye "Ibu..ibu...Ahmad potong rambut". Eny pon apa lagi mengucap panjang la bila tengok abih dah semua rambut kena tobek. Ermmmm geram betui la anak-anak ni..Takpe la kita botakkan kepala yea....Amir walaupun baik pada hari kejadian...tetap menjadi mangsa keadaan...wawawawa..nasib badan la Amir.
Khamis, 26 Februari 2009
Kisah 2 budak botak

Sabtu, 21 Februari 2009
Tag dari Ayu..Aymy with love.
Terlebih dulu tima kasih Ayu..ini tag pertama yang aku dapat sejak baru 2 bulan buat blog ini.ermmmm tag ni minta pi ke File/folder no 6... then ke gambar yg ke-6... Citerkan sket pasal gambar tue...ooooo....
:Rules::
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged
penin aku nih sebab banyak giler folder dalam pc aku nih..sat2 nk tengok sat...

Ahhhhh....gambar ini adalah gambar semasa lab eny buat jamuan hari raya tahun lepas. Paling kiri adalah Abu Bakar, staff kontrak kat MARDI ni. Kemudian perempuan manis ditengah-tengah namenyer Maizatul. Die ni under Dr. Shukri, my lab mate. Yang paling kanan pegawai ayu dan manis, Mirfat namenye. Semasa jamuan ni aku masak mee kari. Ramai la yg datang open lab kami nih, ader la dekat 80 orang. Alhamdulillah makanan semuanyer habis sebab makanan sedap-sedap belaka, antaranyer mee kari aku..hehehe perasan la plak.
Nk bagi plak kat:
Kak Fiza
Kak Hana
Kak Azita
Kak Jun
Kak Ina
Laman Home sweet home (sori la kak..name x ingat la..heh)

Khamis, 19 Februari 2009
Sambal udang dengan petai
Untuk hidangan makan malam selama 2 hari ini..eny buat sambal udang dengan petai. Petai ini disedekahkan oleh mama semasa kami balik kampung minggu lepas...dah naik lebam dah petai ni tak dimasaknya. Ape lagi buat sambal laaa....ermmm best2. Makan plak ngan nasi panas n ikan masin..hehehe...anak2 pon suke. Biar la menu simpel tapi sedap..kan..kan..kan
Rabu, 18 Februari 2009
Building maintenance
Hari Sabtu dan Ahad lepas...kami sekeluarga balik kampung mak abah hubby di Taiping Perak. Balik kali ini mempunyai misi penting. Di samping menghantar mak balik...selepas puas bershopping barang2 kawin angah untuk kenduri kawin die bulan tiga ni, hubby kena buat sedikit building maintenance a.k.a penyelengaraan bahagian2 tertentu kat umah mak.
Tengok la tuh, hubby dok betulkan paip n menyimen bilik pengantin..ermmmm Angah nk kawin masing2 sibuk buat persiapan. Orang punye badan mesti happy kan....Ahmad n Amir tak yah citer la...sibuk dok mengacau abah...sori laling...isterimu ini tak dapat tolong...penat sangat!! Mengerjakan dan dikerjakan....ahhhhh jangan melencong plak!!....mengerjakan rumah dan kemas sikit2 dan dikerjakan oleh anak-anak ibu yang nakal ni....Anyway..sori la hubby sebab gambar seksimu satu Malaya dah tengok...heheheeh....ermmm kira satu dunia lah...ahhhh tak kisah kan....
Balik kampung juga tengok abah tak sihat..kebetulan kami sampai pukul 2 pagi hari Sabtu abah tak boleh bernafas..kami terus hantar ke Hospital Taiping. Alhamdulillah semuanyer OK. Abah cuma gastrik. Ermmm semoga abah sihat selalu dan kena la rajin2 makan ubat....
Chowwwww
Selasa, 17 Februari 2009
Kek Koko Basah
Hari Khamis minggu lepas..teringin sangat nak buat kek..tapi nk kek yang simple2 je. Belek2 majalah Wanita ..terjumpalah resepi Kek Koko Basah. So apa lagi cubalah buat selepas balik kerje. Alhamdullillah jadi jugak, Amir memang suke sgt. Setengah bawa gi opis hari jumaat dan separuh lagi bagi jiran sebelah..Azza namenyer.
Bahan-bahan:
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
3/4 cawan koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
2 biji telur
Caranyer:
Campurkan dan gaulkan semuanya kecuali air panas. Gaul sebati kemudian baru masukkan air panas. Boleh bakar dalam loyang atau dalam cup. Bakar suhu 180C selama 25 minit
Senang je..eny nih malas nak buat kek yang payah-payah.
Jumaat, 13 Februari 2009
Cinta datang dari mana??

Cinta datang dari mana??....hati..otak...otak...hati???
Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati.Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi. Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati. "Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi," kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta. Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA). Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta.
Ermmm...jelas kan...fikiran kita yang mengawal perasaan kita sebenarnyer.
Tah la..sian jugak kat hubby sebab dalam 3,4 minggu nih hilang mood pulak ngan die..ader jugak la masalah tapi segan la nak kongsi. Tak tau nk settle macam mana...masalahnye eny dah hilang perasaan pada die kecuali marah....
Masak cuka ikan gelama
Assalamualaikum....
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Malam semalam dah pening2 nak masak ape..tengok dlm peti ais ader ayam...eishhh malas lah nak mkn ayam...so ajak hubby pi kedai jap. Ternampak ikan gelama...dlm hati ..sedap jugak kalau masak cuka..dah lama tak buat. Biasenye org belah2 utara suke sgt masak cuke nih...memandangkan eny org taiping, so adalah tempiasnyer. Masak cuka nih memang favorit dari kecik lagi...ermmm...cubalah. Pantun 2 kerat kat atas tuh tak der apa kaitan ngan masak cuka nih cumanyer nak pesan kat anak2, jaga kelakuan dan adab kite orang islam...Manalah tau kot2 tahun 2030..2040..2050 nanti, pantun ni dah dilupakan. At least ade juga la maknyer nih letak dalam blog untuk tatapan dan jadi bahan sejarah. Hehehe...
Bahan-bahan:
3 ekor ikan gelama (boleh juga pakai ikan kembong)
1 biji bawang besar - potong bulat
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 sk halba campur
sedikit air asam jawa
sedikit cuka - dlm 3 sudu besar
1 biji timun - pastikan buang biji2 yang tengah tuh, potong panjang-panjang
2 biji cili hijau - potong ikut suke
air secukupnya
garam
Cara nak masak:
Goreng ikan smpi agak2 garing. Ketepikan
Dalam periuk lain tumis halba, bawang besar, bawang putih dan halia sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, cuka dan air. Dah mengelegak masukkan timun, cili hijau dan garam. Akhir sekali barulah masukkan ikan. Tunggu mengelegak bolehlah dihidang dan makan.
Ermmmm..memang sedap...tak payah lauk lain dah.
* gambar kurang cun...sorry yek...tapi rase tetap maintain sedap...
Langgan:
Catatan (Atom)