Rabu, 25 Mac 2009

Spaghetti Prego


Jemput makan...meh la ...jangan malu-malu.....

3 hari lepas gi jalan-jalan kat Tesco Puchong...tetiba ternampak offer Sos Spaghetti Prego dalam tin warna kuning oren tuh...apa lagi sambar 2 tin. Dalam kepala memang dok ingat sehari dua lagi leh makan Spaghetti pulak..sambar pulak daging cincang Ramly n satu tin cendawan butang. Semalam inilah makan malam kami sekeluarga.Tak yah lah kan resepi..main campak2 je. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang, masukkan 1 tin sos dan 3/4 tin air dan daging...didihkan..pas tu masuk pulak cendawan...didih dan siap. Hubby cakap sedap sampai dah tak sempat amik gambar spaghetti tuh...dah tak boleh tunggu dah..hehehehe...dah kenyang leh la tido sampai pagi...heheheh...

Lepas masak n makan..bawa amir ke Klinik Zuraidah...die dah 4 hari sakit..cirit-birit n muntah...makan sikit muntah...minum pun muntah. Doktor cakap serius jugak tuh sebab usus Amir tak boleh serap makanan dan air...kalu hari nih tak baik jugak..doktor dah surat untuk refer ke hospital. Katenye khuatir buah pinggang dan usus die. Risaunya eny dan hubby...ermmmm semoga anak ibu nih tak ape2...Insya Allah

Isnin, 23 Mac 2009

Vote for Earth....


Sebagai Khalifah Allah..kita wajib menjaga muka bumi ini dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, eny dan keluarga turut terlibat dalam kempen pilihanraya pertama dunia iaitu pilihanraya global iaitu sama ada memilih Bumi atau Pemanasan Global (Global Warming). Dengan memilih Bumi, eny, keluarga dan semua masyarakat dunia yang terlibat akan menutup lampu selama satu jam pada 28 Mac 2009, Sabtu jam 8.30 mlm hingga 9.30 malam. Ehhhh..macam environmentalist lah pulak...hehehehe...harap-harap sahabat dan geng2 memasak dapat join..jangan kira masak je sampai tanggungjawab sosial terabai...heheheh.....Vote For Earth!!

So...apa kita nak wat dalam gelap2 tuh??? Ini ada beberapa idea menarik....

1) Buat parti makan2 dalam gelap kat laman rumah atau taman sambil menikmati kilauan bintang2
2) Join la event Earth Hour berdekatan anda
3) Makan malam ngan famili...kira candlelight dinner la
4) Berendam dalam bath tub atau kolam renang dengan ditemani cahaya lilin...
5) Bagi suami isteri tuh...leh la nikmati malam yang romantik...untung2 lepas 2,3 minggu dapat lak sorang lagi..hehehheheeh.....abih!!! dah gelap...atas katil la jawabnyer...kekekeke

OK lah.....jangan lupa tau..Vote for Earth!!

Jumaat, 20 Mac 2009

Best Ever Muffin


Ini n3 pertama eny selepas balik daripada kampung menyambut majlis perkahwinan Angah..tah bila pulak nk masukkan gambar kahwin Angah ni...nanti2 lah kan.
Memang dah lama menunggu saat dan ketikanya nak buat muffin cuma masa tidak mengizinkan...alhamdullilah jadi jugak akhirnya. Mula2 buat muffin lain tapi rase tak berapa sedap sebab ada rase pahit..maybe drpd soda bikarbonat. Semalam melawat laman member2...dapat resepi best ever muffin daripada kak yatt....thanks kak yatt. Muffin ni memang sedap, tak pahit, gebu dan senang nak buat...pejam mate pon dah boleh bancuh dan bakar..ngeh..ngeh..ngeh...bestttt giler la....heheheh.

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sk garam
3 sk baking powder
3 sb serbuk koko
1 cawan susu segar
1/4 cawan minyak
1 biji telur - pukul sikit

Caranyer:

Campur dan ayak tepung, gula, garam, baking powder dan serbuk koko. Gaulkan sebati. Buatkan lubang ditengah-tengah dan masukkan telur, minyak dan susu segar. Gaulkan dengan sudip kayu atau garpu aje. Bancuhan akan nampak berketul-ketul sikit. Bubuh dalam mangkuk muffin dan bakar 180C selama 15 minit. Siap....

Rabu, 11 Mac 2009

Tayar dan Hospital

Dah lama betul eny tak update laman eny nih. Rindu sesangat..semalam ade jugak jengah2 rumah member2 lain tapi malas nak up date laman eny nih. Baru hari nih terasa nak menulis sesuatu. Minggu lepas hari Rabu sampai Sabtu petang nak umah MIL. Seperti yang eny bagitau FIL tak sihat dan di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menaiki ambulan...eny, hubby, nana, ahmad n amir naik satu kereta...dalam perjalanan kami ke sana, kenariku bergoyang-goyang semacam jer...tah la apa pasai...singgah la kat sungai petani..terus masuk bengkel...tengok2 tayar kereta dah pecah.

Nasib baik tak meletop je..kalu tak entah la ape nk jadi...sementara tukar tayar keta..kami makan dulu kat restoran nasi kandar...ermmmm tak la berapa sedap sangat. Selesai je tukar tayar n makan kami teruskan perjalanan ke Alor Setar.
Alhamdullilah prosedur untuk pemeriksaan hempedu dan usus FIL dah selesai...abah pon tengah khayal2...lepas tuh terus bertolak semula ke Hospital Taiping (HT). Hari Khamis dan Jumaat dok berulang jugak la hospital hantar emak melawat dan menjaga abah di hospital. Abah nampak sihat je tapi eny rase abah tentunya risau dengan perkahwinan Angah hujung minggu nih...

Tengahhari Sabtu tuh pulak angah sampai dari Nilai...ermmm ada jugak la penganti nak tengok2 kan mak dan abah. Lewat petang tuh kami terus nak bertolak balik ke Ipoh mulanya...tapi mama dan adik2 ajak pi Teluk Batik...dalam penat2 tuh pergi jugak la...untuk tidak menghampakan harapan mama dan adik2. Sepatutnya tak der rancangan pon nk pi Teluk Batik tuh tapi memandangkan dah ajak ..kami pon pergilah jugak...Jarak dari Taiping dalam 84km..kira2 1 jam setengah perjalanan....bermandi manda n makan ikan bakar....Ahmad dan Amir dok mandi air laut la..seronok jugak tengok diorang..hilang penat.


Hari Isnin terus balik ke Puchong..penat memang penat tapi untuk mengembirakan hati mak, abah, mama dan semuanya bukan lah senang. Hanya Tuhan yang dapat membalasnya....semoga semuanya ceria dan menambahkan keakraban satu keluarga. Apa yang eny dan hubby buat semuanya untuk kebahagiaan keluarga walaupun kami sedar kekadang kita tak dapat puaskan hati semua orang...tapi sekurang-kurangnya kita berusaha....Insya Allah.

Mama..mak dan abah2...jasa kalian untuk besarkan eny dan hubby memang kami tak lupakan. sayang semua! Semoga abah cepat sembuh..!

Selasa, 3 Mac 2009

Abah tak sihat....

Sejak beberapa minggu ini eny memang jarang sekali up date blog nih..bukan ape tak berapa ada mood, nk masak pon malas je. Pagi2 tadi dapat panggilan daripada hubby..abah (ayah mentua) masuk hospital..mungkin perlu operation secepat yang mungkin sebab ada batu dalam hempedu..dan batu dah pon masuk usus. Risau sesangat..Insya Allah kami sekeluarga akan balik kampung esok pagi2 untuk jenguk mak dan nana di kampung. Kesian mak kena handle sorang2 semua bende nih, kebetulan nana pon x pandai lagi bawa kereta..dan kenduri kawen Angah dalam 2 minggu aje lagi. Insya Allah semuanya dalam keadaan baik dan kesihatan abah akan bertambah pulih..

Kebetulan kat umah eny plak ade mama (mak eny)...mama faham dan suruh kami balik kampung aje...tengok2 kan mak dan abah..thanks mama...kerana memahami situasi kami...sayang mama selalu...

Mak..abah...kami nak balik sesangat...kalau dapat secepat mungkin rasenye sekarang pon nak balik jugak...Sabar2....memang kami akan balik. Doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk abah...Amin